Tuesday, September 05, 2006

kisah pengembaraan temanku


Kamarul bahri Husin, namanya tidaklah sehebat Siti Nurhaliza atau Mawi atau mana2 artis di dunia. Aku kenal semasa belajar main serunai wayang kuit secara separuh masa di ASK. Selalu aku berbual dengan dia tentang dunia melayu hari ini yang sudah banyak berubah, hatta di kampung pun kurang orang menggemari atau bermain seni2 lama ini, paling banyak adalah yang 'macam tahu' tapi tak tahu apa-apa pun. Aku diam memikirkan kata-katanya. Tapi dia sudah terbang jauh ke Amerika membawa seni kita untuk dipersembahkan di sana. Cemburu, kadang-kadang aku cemburu melihat jalan yang dilalui sedikit mudah jika dibandingkan dengan aku. Tapi tidak mengapa, aku yakin suatu masa nnt orang akan mencari semula seni2 mereka yang penuh rahsia ini. Kamarol yang kukenali tidak pernah lokek ilmu dan petua. Berkebolehan memainkan 45 jenis perkusi, itu ketika aku bertemu dengan dia lebih 3-4 tahun dahulu, sekarang mungkin lebih agaknya alatan muzik yang mampu dimainkan. Kalau seni Kelantan ni cairlah pada dia. Yang barat juga dia ambil tahu sebagai tambahan ilmu. Klik ini untuk lihat iklannya persembahannya di Los Angeles.

4 comments:

rozais al-anamy 8:47 PM  

Salam,
Ada pernah dengar tak hadith atau sirah yang menceritakan Rasulullah pernah korbankan kambing selepas seseorang pulih dari penyakitnya. Dan apa itu makna 'wasilah' dalam sufism? (tak tahu nak hubungi SF, jadi kira bantai kat sinilah yer)

Hydrocodone 11:47 AM  

OkViBZ The best blog you have!

health insurance policy 1:17 AM  

H0vthi Please write anything else!

alv r tour 2:11 AM  

Thanks to author.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP