Thursday, September 21, 2006

Kalau Perang?


Kadang-kadang saya berfikir kalau negara kita ini dilanda peperangan apa ya akan jadi? Bukanlah saya suka memikirkannya sangat tapi sebagai persediaan diri kita sendiri. Pertanyaan pada diri kita? Dengan suasana org kita yang tak pernah ambil peduli tentang itu semua, rasanya habis orang kita esok nanti kan? Diri kita sendiri bagaimana? Adakah kita ada belajar mana2 seni mempertahankan diri sebagai ikhtiar? Kita tidak terfikir semua itu kan? Dengan hiburan yang berleluasa, dengan gejala yang macam2. Sebenarnya itulah refleksi 'mereka' yang terpancar kepada masyarakat. Kan kata orang kepala membawa badan. Apa nak hairan, terbaru isu remaja dengan fesyen gothik. Dulu2 pun orang tua kita dengan fesyen ago go, pop yeh yeh. Sama sahaja, cuma ini masa mereka, zaman mereka dengan fesyen semacam itu. Bukan saya membela, tapi itulah hakikat. Zaman orang mementingkan duit, kuasa, nama dan segala macam hedonisme, orang sudah lupa bahawa perkataan yang berlawanan dengan aman itu adalah perang atau kucar-kacir. Bayangkan sekiranya perang itu terjadi kita di pejabat, anak isteri kita di rumah atau anak kita di rumah 'penjaga' mereka. Kalau tidak pun bayangkan remaja kita yang enak berpeleseran di KLCC atau Mid Valley atau di mana-mana sahaja, atau mungkin sahaja sedang asyik menari di disko dan pub. Biasanya kejadian seperti berlaku pada waktu yang kita tidak sedari. Tapi orang sekarang duit, duit, duit, duit. Bukan duit itu tidak penting, sebagai keperlua hidup, YA, amat penting. Tapi itu sahaja tujuan dan matlamat kita di dunia? Biarlah selagi tidak terhantuk, kita takkan terngadah. Apa komen dan tindakan anlian? Apakah sdr2 hanya terus2an menulis cerpen, sajak, artikel, skrip drama, bikin muzik, membaca dan mengarang novel tanpa pernah terfikir semua ini? Atau terlalu sibuk memikir bagaimana mencari keuntungan untuk syarikat serta peduli apa dengan semua ini? Pandang dan tilik sekeliling, lihat iktibar semasa zaman Allah Yusof (kalau tidak silap saya) sebelum berlaku sesuatu perperangan. Lihat, lihatlah dengan matafikir yang terbuka.


5 comments:

Leonidas Spartacus 7:25 PM  

Malaysia kalau perang, mula-mula tentera musuh masuk dalam sempadan, "Tak ada apa-apa lagi" kata menteri. Bila tentera musuh tembak rakyat "Tu kene peluru sesat" katanya lagi. Bila istana mantan menteri dah kene lanyak dengan kete tank musuh "Dengan ini beta mengistiharkan perang terhadap....(sapa-sapa yang serang Malaysia)" kata Tuanku atas nasihat Perdana Menteri. Rakyat dan Menteri alpa. Bila rakyat alpa dengan AF, EPL etc, senang nak diperintah.

thanaif 3:00 PM  

Berkongsi pendapat,sebesar makna anugerah erti ilham dari gerak tari jari,dinilai dari kesan yang menghasilkan penghayatan maksud kekurangan kealpaan kelelahan untuk meneladani peribadi yang membina kemuliaan.Karya dari rangkaian ayat memusat pemikiran menghayun kekuatan mencari di mana terjemahan antara yang tersurat dan tersirat.Hakikatnya ummat lapar dahaga kebenaran sejak sekian lama selongkar tidak membawa ke mana...terlepas bebas berbuat angkara hingga lahir waris-waris baru yang berwajahkan rupa serupa...hingga kelam suram terus terpadam cahaya yang mahu bersinar.
Terjemahan kerap menyadung generasi dari menghayati erti hakiki bilamana pemindahan kerap berpaksi pada generasi dewasa yang kerap mengambil palsu meminggir yang asli kerana tidak bersedia
mengakar umbi iman yakin percaya kuasa rohani.Tanpa mengenengahkan maksud penulisan mendidik adalah tuntutan,fikiran tidak akan berupaya merumus manafaat dari renungan makrifat cendiakawan pelopor keagungan masyarakat yang membangunkan insan rabbani.
Dorongan sering berbelah bahagi dari pihak yang wajar mengiktiraf
karyawan dari berbagai cabang.
Media dengan wartawannya, seni dengan budayawannya, muzik dengan iramanya, lakon dengan pengarahnya
bentangan sejarah tetap nukilan berharga jika manafaat tidak diambil hingga tidak dihayati tanggungjawab untuk memahami.
Tokoh agama yang 'berwibawa' adalah hakim yang saksama yang sentiasa memelihara hormat dan maruah jiwa.Wang hanya alat, ia tetap perlu kerana tanpanya kepapaan melahirkan nafsu yang menjadikan manusia rela menjadi hamba.

Hydrocodone 5:17 PM  

baIer3 The best blog you have!

individual health insurance in wy 1:39 AM  

jwjWeX actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP