Tuesday, September 12, 2006

Ayat-ayat Cinta

Terasa puas juga membaca novel ini. Kisah perjalanan hidup suka dan duka seorang pelajar yang bernama Fahri di Mesir. Dalam 4 hari sahaja saya sudah habis membacanya meski sedikit terganggu dengan perkataan2 arab dan perancis yang dimasukkan. Gambaran di Mesir hidup, jiwa saya sampai ke sana, ayat-ayat segar dan tidak kaku. Mula-mula cuak juga hendak membelinya takut-takut ianya kisah cinta yang berselerakkan di pasaran, tapi saya nekad. Kalau ianya seperti novel cinta biasa, akan saya hadiahkan kepada adik perempuan saya. Ternyata sangkaan saya meleset, saya kira tidak rugi membelinya.

3 comments:

lutfi 11:13 AM  

satu kekuatan yang dapat kita lihat dalam novel ini ialah penguasaan ilmunya yang baik. dan kekuatan yang sebenar novel ini ialah deskripsi pengarangnya itu. pengolahan dan setiap kata yang digunakannya seperti perahu atau bas - kita di dalam perahu atau bas itu untuk melihat suasana di mesir.

Serunai Faqir aka SF 11:19 AM  

Ya tidak syak, terasa puas yang amat apabila membacanya. Saya kira sudah lama tidak membaca novel yang panjang dalam masa beberapa hari sahaja.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP