Thursday, September 14, 2006

Apa ada dengan Naruto dan Bleach?

Memang sejak dari kecil saya meminati kartun, hingga kini perasaan itu terbawa-bawa. Kegilaan itu menyebakan saya memuat turun dari internet untuk mengikuti perkembagannya dengan cepat jika berbanding dengan peyiarannya di tv. Naruto, adalah animasi Jepun yang mendapat sambutan hangat di seluruh dunia. Watak utama, Uzumaki Naruto yang nakal, kepala batu tetapi sensitif dan kelakar menyebabkan ia menjadi kegilaan kebanyakan peminat kartun. Wataknya yang lucu itu sangat mencuit hati, disamping semangat serta kegigihan Naruto menyebabkan saya dan beberapa orang kawan silat menjadi peminat setia. Meskipun begitu, jikalau diamati animasi ini, secara tidak langsung Jepun mewar-warkan senibeladiri Ninja nya yang menjadi bualan seluruh dunia. Disamping memaparkan semangat setiakawan dan pelbagai nilai-nilai positif di dalam plot Naruto.
Sementara kartun Bleach pula mengutarakan seni Samurainya. Wataknya Ichigo juga nakal dan lucu seperti Naruto. Menurut penjual dvd animasi Jepun ini, dia mengakatakan bahawa karya animasi mereka mendapat sokongan dari pihak Kerajaan mereka, dengan syarat mereka mengenegahkan budaya orang Jepun di dalamnya. Maka tidak hairanlah sekiranya kita mendapati watak2 dalam animasi mereka sedikit sebanyak akan memaparkan kehebatan bangsa Jepun. Emmm dengan kartun sahaja, mereka mampu menawan dunia.
Berbanding pula dengan animasi barat, terus terang saya katakan bahawa saya kurang menggemarinya, kerana wataknya yang melambangkan 'orang-orang' mereka yang sombong, watak jahatnya pula ingin menguasai dunia (kita tahu sebenarnya maksud mereka), dan paling saya benci adalah kerana kebodohan watak-wataknya yang memakai seluar dalam di luar. Kebanyakannya tidak pandai memakai pakaian yang cukup sama seperti orang-orang mereka. Kluang man? Aduhai ...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP