Wednesday, August 16, 2006

Petaka Pemikiran Masyarakat Kita?




Saya fikir aura Siti dan Dato K lebih hebat beritanya dari kisah saudara kita di Lebanon atau apa sahaja yang berlaku ketika ini. Naik pening kadang-kadang apabila menatap kisah mereka yang digembar-gemburkan baik di mana sahaja. Di akhbar dan tabloid usah ceritalah, hatta dalam internet pun boleh dikatakan hari-hari ada emel berkaitan dengan mereka. Namun begitu, secara rasional saya melihat begitulah tahap pemikiran masyarakat kita pada hari ini. Akhbar tentunya menyediakan cerita2 sebegini untuk melariskan jualan dan mereka tentunya menyediakan maklumat apa yang sememangnya ingin diketahui oleh peminat mereka.
Ah, gila apa pemikiran masyarakat kita ini ya? Dalam pada itu ada juga rencana yang di tulis oleh sdr Lutfi berkenaan kisah mereka (dia juga pening lalat). Tapi kami menulis bukan kerana popularnya cerita mereka, tapi kerana terpandangakan PEMIKIRAN masyarakat kita hari ini yang lebih cenderung kepada budaya hiburan dan hedonisme yang berlebihan. Sedangkan cerita ulama2 yang ditulis tidak pula mendapat liputan yang hebat seperti itu. Cuba tanya diri kita sendiri, apakah bala yang sedang menyerang saraf pemikiran masyarakat Melayu kita hari ini.

6 comments:

kak ila 1:51 PM  

A,betul tu. Sana sini orang mempertikaikan pilihan siti yang tak tepat. Siti begitu, siti begini, datuk k begitu, datuk k begini. hampir semua peringkat usia mengetahui soksik ini. hebat benar mereka ya? hairan juga akak, tapi apa boleh buat, dah jadi artis nombor 1 negara.... Tapi ada 1 lagi,televisyen kita sudah semakin gila. T.v 3 siarkan persandinga siti, Astro dan t.v 1 Mawi dan Ina. Macam dalam negara merdeka ni hanya ada 2 perkara ni sahaja yang begitu besar. Ah... sedih kan?

Hydrocodone 3:20 PM  

fIiV6z The best blog you have!

alpha blondie tour 2:02 AM  

Thanks to author.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP