Monday, August 07, 2006

Orang Kita dan Seni Leluhur

HINGGA jam 12 lebih jugalah saya menonton cerita cina di ntv7 yang mengisahkan suatu penyiasatan terhadap kes yang pelik di HK bersama rakannya seorang FBI yang didatangkan khas dari US. Lakonannya mantap, ini membuatkan saya terpaku di hadapan televiysen sedangkan tilam sudah lama melambai-lambai. Sebentar, sebentar sahaja lagi - tapi iklan yang panjang sedikit sebanyak membunuh konsentrasi terhadap cerita tersebut. Kisah pembunuhan misteri itu berkaitan dengan kepercayaan dan adat lama kaum cina. Dikatakan beberapa ritual dan kaedah tertentu membolehkan mereka menjadi dewa dan ini sangat memeningkan penyiasat yang kabur dengan isyarat-isyarat (klue) yang dijumpai.

Namun akhirnya, jawapan itu di kesudahan cerita. Memang benarlah cerita ini mendera saya hingga ke akhirnya. Saya termenung pula memikirkan, cuba membaca yang tersirat dan mengaitkan pula dengan perihal dunia orang Melayu yang sudah jauh dari cara hidup tradisional dan memandang sepi terhadap adat-adat lama. Tidak kurang juga yang memusuhiya. Jauh beza kita ini dengan orang Jepun yang sangat maju tapi memelihara dan mempusakai adat mereka dengan pekat dan likat. Kenapa saya ambil contoh Jepun? Pertama - dasar pandang ke timur. Kedua - Saya kira mereka masih memelihara tamadun, seni & budaya mereka hingga kini, walaupun sentuhan kemodenan sudah lama membelit mereka.

Mengapa saya kata begitu? Saya ambil contoh teater klasik Jepun (kabuki) yang masih dimainkan lagi di sana. Anehnya teater tersebut dilakonkan oleh mereka yang terdiri dari pelbagai disiplin pekerjaan - peguam, ahli perniagaan, doktor, pelajar dll. Persembahan teater tersebut mengekalkan ciri-ciri tradisi meskipun dipersembahkan di tempat yang serba moden dan canggih. Tiket yang dijual juga sesuai dengan tempat dan berpatutan serta mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat sana. Bagaimana pula kita? Hanya baru-baru ini sahajalah Istana Budaya menjadi wadah untuk menyambung kembali nafas teaterikal klasik Melayu yang hampir layu, meskipun begitu amatlah kurang persembahan teater klasik yang lain yang dipersembahkan. Selain dari Makyong, tiada. Wayang Kulit dan lain-lain persembahan amat jarang diadakan di sini.Tiba-tiba saya tesedar dari lamunan. Jam sudah menunjukkan 1 pagi. Ilham datang, cepat-cepat komputer riba dipasang, keletak keletuk hingga siap bab Tetamas Embun, siri cerita dalam KP. Lega rasanya. Hutang lama saya akan bayar dikit demi dikit. Malam sudah larut, esok kerja menunggu, tapi biasanya hari Isnin, adalah menjadi tugas saya untuk menghidupkan semula enjin yang sudah bercuti selama dua hari untuk bekerja semula. Namun begitu fikiran masih berlegar tentang persembahan Mek Mulong yang diadakan di Dewan Philharmonik tahun lepas.

Kemudian saya teringat pula tentang bagaimana masyarakat Bali yang sememangnya menjadikan budaya mereka sebagai rutin mereka dan kekal sehingga kini. Kita orang Melayu bagaimana? Senyaum saya ...




5 comments:

zalisa,  11:16 AM  

tak tahu nak komen bab filem

Anonymous,  1:12 PM  

What a great site
» » »

Hydrocodone 12:54 PM  

aFqHqG The best blog you have!

nys insurance department licenses 1:06 AM  

rljPxu Please write anything else!

alpenstrasse tour 2:03 AM  

Thanks to author.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP