Friday, August 04, 2006

Kami Terkejut


Kata Dato' Dr Cyrus Das, Peguam Azlina Jailani (Kes Lina Joy) :

"Sudah tiba masanya orang Melayu difahamkan bahawa Islam adalah di bawah Perlembagaan, dan mesej ini hendaklah dijelaskan kepada mereka oleh Mahkamah Yang Mulia Ini."

Sambil melayang, tiba-tiba kami terpempan dengan perkataan yang tiba-tiba melintas di hadapan kami. "Apa itu!" Jeritku.
Kami berhenti sekonyong-konyong, melihat puing-puing awan yang membentuk perkataan tersebut. Tuan Puteri menjengah dari arah manakah ia datang.
"Dari mana Tuan Puteri?"
Tuan Puteri tersenyum. Manis seperti selalu. "Dari negeri yang sudah lupa dan selalu lalai."
Dahiku berkerut cuba membaca kias kata yang berselindung. "Maksud tuan puteri?"
"Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Ayuh mari kita teruskan kembara mencari cinta. Kalau hati sudah ditawan dunia, harapan utk mengapai cintanya agak tipis sekali wahai tuan hamba."
"Saya tidak mengerti."
"Kita kembara dan meniti ... " Tuan Puteri merenung jauh ke hadapan dan menyambung kembali, "Pasti tuan hamba akan faham nanti akan kata-kata hamba tadi."
Kami pun meneruskan perjalanan. Pilinan awan membelai lembut, sekali-sekala mencelah di jari-jari saya yang terkepak-kepak itu. Sedang enak dalam kembara itu, tiba-tiba asap hitam menerjah indera bau. Saya tergamam. Tuan Puteri segera mengisyaratkan untuk berhenti seketik, melihat apa yang terjadi.

4 comments:

Anonymous,  6:02 PM  

Excellent, love it! » » »

Hydrocodone 8:22 PM  

zieUtX The best blog you have!

amahoro tours 2:33 AM  

actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP