Wednesday, August 16, 2006

Gempar Di Pagi Rabu!

PAGI-PAGI lagi saya sudah dikejutkan dengan kedatangan seorang hamba Allah yang menyatakan peri pentingnya dia ingin berjumpa dengan seseorang. Saya cuma kata ok. Setelah berjumpa dengan orang dimaksudkan, mukanya terbayang kepuasan. Apa ceritanya?
"Anak saya berada di Sarawak di sana, bakal bekerja nanti tidak lama lagi. Sayangnya dia bercinta dengan seorang lelaki free thinker. Saya takut kalau-kalau dia mengikut temannya itu dan menjadi murtad!" Pandangannya menombak terus ke anak mata saya.
Saya cuma diam dan menyeluruhi wajahnya. Tergambar kekecewaan yang amat sangat.
"Kalau boleh hendak suruh dia ke sini, jangan duduk di Sarawak lagi," ujarnya lagi, cemas sekali. Saya mengangguk beberapa kali. Kemudian dia berlalu.
Saya garu-garu kepala memikirkan perkara ini. Sudahlah kes Lina Joy sedang hebat diperkatakan, ini pula timbul kes baru. Jadi bagaimana ya cara untuk mengatasinya? Pendapat anda semua bagaimana?


Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP