Friday, July 21, 2006

Mimpiku


Semalam saya bermimpi jumpa seorang tuan puteri, katanya, "jangan terpikat dengan kecantikan yang saya telah dikurniakan. Terpikatlah dan cintailah kepada yang menciptakan kecantikan ini ke atas diri saya".
Lalu saya bertanya, "Bagaimana harus dia harus terpikat dengan saya, sedangkan saya ini orang yang tidak cantik?"
"Keindahan budi, kecantikan hati mempertautkan perkenalan."
"Maksud tuan dia tidak memilih?"
Tuan Puteri tersenyum seraya berujar,"Dia tidak memilih siapa dan apa di antara kita. Selagi kita mahu berdamping, tentu sahaja dia mahu tapi sanggupkah rindu dan merana?"
"Apa maksud tuan puteri?"
"Bercinta itu kan mesti rindu dan merana. Dirinya terpenjara di dalam kasih yang mengikat, Kun adalah rahsia."
Saya pun terdiam lalu berfikir, wah ini bukan main punya percintaan.
Tuan puteri berkata lagi,"Sudah sedia mahu terbang?"
"Dengan apa mahu terbang?"
"Dengan sayap rindu." Tuan puteri senyum.
"Sayap rindu?"
Tidak sempat bertanya lagi, tuan puteri menghela tangan saya lalu terbang tinggi ke puncak awanan perasaan, mencari ...

10 comments:

Puteri Daluwarsa 11:03 AM  

Tuan ruspankah yang bercinta? Cinta itu adalah penjara rindu yang tak kesudahan. Dindingnya semakin tinggi jika perasan cinta itu semakin dalam. Seperti Ariyatna yang merindui Rameulnya selalu. Rameulku kini berkhidmat di pantai timur, menjaga tanah rompin. Kasihan aku yang menjaga langit shah alam.

Puteri Daluwarsa 11:05 AM  

Apa khabar ruspan itu? Sudah jaskon alah di tangannya?

Gelembai 11:35 AM  

di manakah puteri kau, sahabatku?

zalisa maz 3:57 PM  

wah, sang puteri sudah di berenang2 di kolam hati!

Puan Ainon Mohd. 8:23 PM  

Ooooo!!! yang macam ini yang dicarinya... hmmm.... patutlah dia masih belum berjumpa lagi!

SYARIFAH SALHA SYED AHMAD 12:39 PM  

Abang Ngah, perkenalkanlah tuan puteri itu kepada saya.:)

Anonymous,  9:59 AM  

What a great site »

Hydrocodone 1:28 PM  

cgBUQJ The best blog you have!

small cash loans 1:30 AM  

fEavFi Hello all!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP