Thursday, June 08, 2006

Gitu-gitu atau Begitu-begitu?

8hb Jun - RANCANGAN pagi di radio Era yang berjudul GITU-GITU selalu membuat saya tersenyum ketika dalam perjalanan ke Putrajaya. Sekurang-kurangnya lawak Saiful Apek dapat membunuh kebosanan yang melingkari sementara tiba ke pusat pentadbiran kerajaan yang cukup gah itu. Kadangkala tergelak besar juga mendengar peribahasa yang kononnya diberikan nafas baharu. Tidak perlulah saya komen panjang, cukuplah bagi sesiapa yagn mendengar rancangan ini pasti akan tersenyum dan tidak ingat apa-apa.

Begitulah kasihannya bahasa kita, orang lain berhempas-pulas memdaulatkan bahasa, radio Era pula mempermain-mainkan bahasanya ibunda negara ini. Bukan tidak boleh melawak, tapi biarlah perkara lain yang tidak menjejaskan imej dan kredibiliti bahasa Melayu itu sendiri. Rancangan yang mendapat sambutan dan liputan meluas itu sedikit sebanyak membawa kesan kepada pendengar yang masih bersekolah. Pastinya jadi ikutan. Alahai kasihannya bahasaku.
____________________________

Tempat baru, budaya dan cara bekerja juga berbeza. Pemikiran dan idea sudah tentu berbeza. Lakak* dan egonya juga berbeza. Bagaimana kalau anda menjadi saya, mendengar perkataan sebegini, ”Di sini Kementerian Inggeris, bahasa Inggeris adalah bahasa utama.” Saya senyum sahajalah, hendak menyanggah pendapatnya? Boleh, bukan tidak boleh, tapi selepas seminggu dua mungkin saya akan ditukarkan lagi ke tempat lain. Ah, itulah nasib kalau suka berkata ’lebih sedikit’.

* Dialek di Muar , Johor : Gaya, stail

1 comments:

Gelembai 1:20 PM  

hahahahah kalau bahasa inggeris di sini diguna tidak ada campur-campur lagi. sebab? mereka akan berbahasa inggeris yang amat cantik didengar. bukan seperti kita yang suka merojakkan bahasa yang akhirnya kalau kita perdengaran kepada si bangsa inggeris itu maka tergeleng-gelenglah mereka kerana tidak memahaminya.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP