Thursday, May 04, 2006

SEJAUH MANAKAH SYARIKAT PENERBITAN MEMBANTU PENULIS?

PERNAH juga saya terfikir sejauh manakah syarikat penerbitan mampu membantu penulis dalam menganjakkan minda masyarakat Malaysia ke arah mempertangkaskan keyakinan yang sudah mula renyok terhadap kerjaya dalam bidang penulisan. Apakah syarikat ini yang kira-kiranya punya nama dalam senario pernerbitan negara (?) :

i. DBP
ii. PTS
iii. Alaf 21
iv. Berita Publishing
v. Utusan Publication Sdn. Bhd
vi. Creative Enterprise
vii. Lain-lain penerbitan

a) Sama-sama kita saksikan dan lihat siapakah yang mampu membantu dan menjaga kebajikan dan menjamin ‘nyawa’ penulis?

b) Siapakah yang berupaya menyemarakkan lagi dunia sastera di negara?

c) Siapakah yang mampu ‘mengkayakan’ penulisnya?

d) Adakah janji-janji yang termeterai melalui perjanjian dipatuhi?

Bagi penulis/pengkarya pula :

a) Silalah baca dahulu dengan teliti satu demi satu, baris demi ayat sebelum menurunkan tandatangan anda yang mahal itu. (Kita selalu mendapati terma-terma dalam perjanjian ini dicetak dengan huruf yang halus bukan? Kalau begitu WAJIB juga menyemak dengan tekun supaya bubur tidak basi, kalau nasi jadi bubur masih boleh makan).

b) Kalau perjanjian dalam BI, sila rujuk dahulu mana-mana teman yang mempunyai latarbelakang dalam bidang guaman.

c) Pastikan kita benar-benar memahami isi kandungan perjanjian tersebut

d) Sila berbincang dengan syarikat penerbitan tersebut sekiranya tidak berpuashati dengan terma atau klausa yang termaktub. Biar bergaduh sebelum buku diterbitkan.

e) Setelah faham dan puashati dengan isi kandungan perjanjian, barulah diperturunkan tandantangan pada perjanjian itu.
INGAT : SEGALA KARYA/MANUSKRIP YANG TELAH ANDA HASILKAN ADALAH HAKCIPTA ANDA! PENERBIT TIDAK BOLEH MENERBITKAN KARYA TERSEBUT MELAINKAN ADANYA PERJANJIAN YANG DIMETERAI BERSAMA ATAU MENDAPAT KEIZINAN BERTULIS DARI ANDA.

Selain dari itu, perhatikan juga apa yang dinamakan sebagai ‘KLAUSA PENGECUALIAN’ atau ringkasnya, anda dapat melihat dalam perjanjian tersebut dituliskan, cth : Syarikat tidak akan bertanggunjawab sekira … Sila baca betul-betul dan fahamkan klausa/terma ini.


Jangan menyesal menyesal seperti ini selepas menandatangai perjanjian!

5 comments:

annyss 9:48 PM  

SF dan pembaca sekalian,
Biasanya syarikat hanya akan memberi kita tandatangan kontrak selepas naskhah diterbitkan. Tidak ramai penerbit yang ambil kisah tentang 'nyawa' penulisnya. Banyak penerbit yang mudah lupa bahawa mereka tidak akan dapat hidup tanpa penulis. Tetapi hakikatnya, penulis sendiri pun sangatlah tiada kesedaran tentang hak cipta. Nampak perjanjian melompat nak sain asalkan manuskrip dapat bertukar jadi buku.

Kita patut adakan satu jerayawara (roadshow) ataupun tidak jemu menyebarkan maklumat tentang hak cipta ini. Khabarnya, pernah ada pihak dari unit hak cipta DBP mahu mengadakan seminar hak cipta tetapi dipandang sepi oleh pihak DBP sendiri.

Alangkah ruginya. Persoalannya juga jika diadakan seminar tentang hak cipta, berapa ramai penulis yang sanggup turun dan sama-sama mengutip ilmu?

macai_suci 4:42 PM  

Saudara Sf,Kerap kali kita melihat nasib penulis di abaikan seperti saya pernah membacanya di majalah tunas cipta dimana berlaku penulis terpaksa mendakwa penerbit di Mahkamah semata-mata untuk mendapatkan bayaran royalti pada saya,dalam kemodenan hari ini perlu diwujudkan satu akta seperti akta harta intelek..
ok teruskan wadah mempertiwikan martabat bahasa yang menunjukan tamadun bangsa ini...(takkan hilang melayu di dunia)

kak ila 6:33 PM  

terus terang kak ila kata, kak ila tidak pernah ambil berat soal surat perjanjian (MOU)novel. kerana tujuan asal kak ila menceburkan diri ke dunia penulisan hanya untuk mandi bukan untuk basah. maknanya kak ila hanya mahu khalayak pembaca membaca cerita yang ingin kak ila sampaikan, kak ila tidak terfikir untuk mendalat keuntungan. sebab itu kak ila hanya baca lebih kurang MOU tu kemudian sign. sudah 4 novel kak ila yang terbit, baru yang ke 4 ini kak ila sedikit faham dan sedikit mengambil berat, agaknya sudah sedikit bijak barangkali. Memang cerita di dalam surat perjanjian penerbitan novel agak sukar difahami, pun begitu kita wajib memahaminya. baru ini kak ila faham, setelah sebuah dari novel kak ila tidak menerima royalti meski sudah 2 tahun dipasarkan. dan 1 lagi, selalunya novel kita akan terbit dahulu barulah kita diberi surat perjanjian. bagaimana jika kita tidak berpuas hari dengan syarat2 yang termaktup? novel tidak boleh ditarik balik. hendak tak hendak, kita terpaksa menerima dan menandatanginya juga.
SF, rasanya perlu ada satu syarat dari penulis - lihat dulu perjanjian yang akan penulis sign sebelum novel itu terbit. sekiranya penulis tidak bersetuju, penerbit harus menyerahkan semula manuskrip itu kepada penulis. amacam? ayuh penulis, bangkit majukan diri.... terus beri komen kepada SF

Hydrocodone 2:59 PM  

zDq2pw The best blog you have!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP