Tuesday, May 16, 2006

Sastera Negara?


Kita masih menanti kalau-kalau ada pihak yang mampu membuktikan bahawa bidang penulisan mampu dijadikan karier sepenuh masa. Kalau ada pun, usah kita tanyalah penderitaannya menjadikan penulisan ini sumber rezekinya. Cukup resah dan menggusarkan! Saya terfikir lagi dalam keadaan begini siapakah yang mampu memartabatkan sastera ke mercu kegemilangannya. Dunia sastera di negara yang penuh dengan gelodak, gejolak, gejala, nafsu-nafsi, kegilaan, keduniaan, ketamakan, kemegahan – kadang-kadang saya terfikir juga kenapa harus berlaku sebegini? Tapi dalam pada masa yang sama kesedaran saya menegur : “Kau harus berjuang di atas landasan falsafah yang kau yakini benar dan tidak lari dari syariat.” Saban minggu kita mampu ikuti polemik kata dan madah di MM, menuduh sana dan sini. Kemudian saya dia, “Ah, teruskan sahaja penulisanmu.” Wuallahua’lam.

p/s :
Mampukah dunia sastera kita mengkayakan penulis seperti JK Rowling?
Laman Web Rasmi JK Rowling

4 comments:

kak ila,  6:19 PM  

Entahlah. masa terima manuskrip kita bukan main sukanya mereka. begitu juga masa serahkan MOU, suruh sign cepat2, pelbagai pernjanjian, kata nak bayar royalti tepat pada masanya tapi bila sampai masa, kita telefon yang berkenaan, sengaja matikan telefon dan ada yang sanggup menipu kata bercuti. Manusa... manusia. Macam mana penulis nak kaya? nak hidup senang dengan hasil air mata pun susah. Tapi ini sesetengah penerbit, tak semua, jangan salah sangka....

Hydrocodone 6:36 PM  

Oy5r16 The best blog you have!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP