Thursday, May 25, 2006

Apa Hendak Jadi?



  • Temoh Stesen atau Stesen Temoh?
Salam.
Ah, Bahasa Melayu sememangnya gagah merentas peta dunia. Saya sangat berbangga menjadi orang Melayu. Punya bahasa yang cantik dan indah, seni dan budaya yang beraneka ragam dan sangat tinggi nilai estetikanya. Namun apakah bahasa Melayu itu dimartabatkan secara total di negara kita sendiri? Jawapannya itu ada pada sdr2. Mari kita lihat di dalam peta dunia perangkaan terhadap bahasa kita yang dipertuturkan di dunia.
  • Bulan Pesta Air Nasional?
Dan ini pula kisah Bahasa Melayu yang saya petik dari laman web sahabat saya yang berada di Jepun. Klik Bahasa Melayu Di Jepun. Bagaimana pula bahasa kita di negara China? Klik di sini : Laman Web China Berbahasa Melayu? Sila lihat alamat laman ini. Kita tersenyum bangga bukan? Di negara kita bagaimana penggunaannya?
Bagaimana pula penggunaannya dalam sektor awam? Kita akan ketawa bukan melihat kempen, bengkel dalam usaha menekankan penggunaan bahasa Melayu. (Klik, dari blog Nisah : Apabila Melayu Enggan Bercakap Melayu)
sini
Pernah saya bermesyuarat dengan 'orang-orang langit' yang menyatakan sekiranya berbahasa 'lain', idea akan datang lebih mencurah-curah.Termenung saya. Manakala dalam seminar, simposium, bengkel, ceramah (namakan apa sahaja) soal bahasa sudah tidak menjadi isu, yang penting isinya sampai. Kita sudah lelah memperkatakan perkara tersebut, perkataan yang kita pinjam dari bahasa asing sudah terlalu banyak, apakah bahasa kita ini tidak kaya dan terlalu fakir sangat? Kalau kita menggunakan perkataan lama, kita dikatakan mengada-ngada dan terlalu klasik. Jawapan saya, dalam kamus Dewan Bahasa sudah mencatatkannya, kalau tidak apa guna kita merekodkan bahasa dialek, daerah, pinjam, klasik, perkataan lama di dalam itu.
Untuk rujukan dan digunakanlah, tidak begitu? Kenapa tidak kita kembangkan penggunaannya.
Kemudian saya terfikir lagi. Agaknya kuat benar pengaruh 'tuan-tuan' lama hinggakan tidak rasa bangga lagi menjadi dan berbahasa Melayu? Cerita pasal seni dan budaya pula, saya kira ada yang akan terhiris luka darah menitis tidak sudah jika saya sentuh.
Sila baca ucapan Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim
Antara isu bahasa yang disentuh, "Paling mudah bagi kita mendengar melalui radio atau TV sekarang ungkapan-ungkapan seperti “e-mail”, “sms” “internet”, “software”, “hardware”, “ISDN”, “html”, “computer” “website” dan sebagainya. Sekarang pun kita secara harian mendengar dialog seperti berikut:
“Hei, hari ini birthday I lah”
“Dalam hal ini you yang paling best”
“How are you today...harap OK lah”“You dah breakfast kah”
“Hei, kawan-kawan, it’s showtime”.
“Inilah showtime yang ori…”

4 comments:

kak ila 2:55 PM  

hai SF, bersemangat betul adik akak ni. begitulah orang sastera..., sentiasa prihatin. akak kagum dan tabit pada awak. selamat memperjuangkan bahasa dan selamat maju dalam berkarya...

Hydrocodone 3:47 PM  

Ghi6Zp The best blog you have!

allied tpro allied tours 2:19 AM  

Please write anything else!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP