Tuesday, May 02, 2006

Alahai Hakcipta, negaraku?

SAYA baru sahaja melihat beberapa akhbar di ruang tamu. Terfikir saya adakah penulis-penulis yang telah tersiar karya punya hak untuk menuntut dan tuntutannya perlu dilunasi? Adakah ini termaktub untuk semua jenis penerbit atau bagaimana? Misalnya karya saya yang tersiar di akhbar tabloid, tapi mereka tidak pernah membayar saya, adakah saya berhak untuk menuntut bayaran? Apakah negara kita yang canggih ini tidak punya undang-undang untuk menangani masalah tersebut? Kalau ada, kenapa tidak dikuatkuasakan secara maksimum atau ianya menjadi tatapan lipas dan pijat?
____________________________________

Fikir-fikir juga ah, kenapa begitu teruk sekali nasib penulis di negara ini. Selepas itu, sibuklah akhbar-akhbar menyiarkan yang novelis2 dari luar negara mampu memperoleh berjuta ringgit hasil dari jualan karya mereka (walaupun ramai lagi penulis mereka yang miskin macam di sini). Kerajaan membangunkan premis utk memartabatkan sastera, tapi ada sudah jadi? Memartabatkan sastera atau memartabatkan poketnya? Jadi tidak hairanlah sastera negara ini ‘berangan-angan’ sahaja utk mencapai peringkat antarabangsa, melainkan penulis2 harus bangun sendiri untuk mencapainya dengan izin Allah.
________________________________________________

Setan alas! Kisah-kisah rakyat yang terbiar sana sini dalam rancangan ‘Bersamamu’ (TV3) dan ‘Sayang Di Sayang’ (TV1) adalah bukti bahawa pembahagian kek ekonomi negara masih jauh jurang perbezaannya. Siapa yang dapat lebih? Siapa yang kebuluran? Selagi undang-undang Islam tidak ditegakkan secara total di negara ini, selagi itu negara kan terus begini. (Saya tidak menyokong mana-mana pihak, berdiri atas platform kebenaran, meyampaikan semula pesan2 orang-orang terdahulu).
______________________________

Teman-teman bagaimana ya? Kita berharap akan timbul lagi penulis yang merangkap peguam atau pegawai Undang-undang, bantulah kaum penulis di negara ini dari terus mati kebuluran di negara sendiri. Sudah terlalu lama sangat isu ini tidak dipeduli, serupa macam seni & budaya kita. Alahai negaraku, hakcipta?

1 comments:

Puan Ainon Mohd. 8:39 PM  

Saudara,

Siapa yang memiliki saham terbesar akhbar2 di negara kita? Yang jual karya sdr dan ambil semua keuntungannya?

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP