Monday, April 24, 2006

Sesekali Mengenang Tulisan Jawi

Kata Pak Matlob

“Episod suram dalam penggunaan tulisan jawi bermula selepas negara baru mencapai kemerdekaan apabila ada pihak tertentu mengusulkan supaya tulisan rumi dijadikan tulisan rasmi persuratan Melayu dan membiarkan masa menentukan hidup-mati tulisan jawi.”

Kesal benar saya tidak menyimpan artikel yang menyebutkan tarikh tulisan rumi menggantikan tulisan jawi secara rasmi. Tapi tidak mengapa. Perkara ini telah lama berlaku dan dibentangkan di Parlimen berpuluh tahun yang lalu kini menjadi polemik dalam permasalahan hidup dan matinya tulisan jawi. Siapa punya angkara itu? Sila jawab sendiri. Jika sudah tahu jawapannya, maka tanyakan diri lagi kenapa baru sekarang terhegeh-hegeh hendak bongkar semula fosil yang telah lama tertanam. Ibarat ludah ke langit jatuh ke muka sendiri.

Saya sangat bertuah kerana mendapat pendidikan sekolah agama rakyat di Johor seawal usia 9 tahun. Persekolahan memang menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi. Kalau disusur sejarah lama memang kita menggunakan tulisan jawi berkurun lamanya, ia bukan perkara baru. Namun sejarah tidak boleh menipu kita, Inggeris yang datang menghurung Tanah Melayu memangkan bencikan apa sahaja yang berkaitan dengan Islam. Sehingga kini kukunya masih jauh mencengkam nubari orang Melayu. Baik dari aspek tulisan, percakapan, seni, adat dan namakan apa sahaja yang orang kita tidak suka termasuklah perangai dan akhlak mereka. Sekali lagi sejarah tidak berbohong ketika sistem residensi di Tanah Melayu menggalakkan gologan atasan untuk dihantar belajar ke luar negara. Untuk apa itu semua. Kadang-kadang mahu sahaja saya katakan inilah ‘dosa-dosa’ orang dahulu dan kini kita yang mewarisi akibatnya.

Secara peribadi saya berpendapat bahawa tulisan jawi itulah sebagai manisfestasi keakraban dunia gugusan Melayu dahulu dengan Islam. Sebagai tanda kecintaan dan kasih yang tidak berbelah bahagi, huruf hija’iyah arab diserap sebagai tulisan rasmi ketika itu. Begitulah intimnya orang Melayu dengan tulisan jawi. Selain dari itu, anak-anak Melayu disediakan paltfom awal telah mengenali huruf-huruf jawi sebelum melangkah lebih jauh untuk mengaji mukaddam dan al'qur'an. Kini, isu tulisan jawi timbul, gempita seluruh alam apabila akhbar Utusan Melayu ditutup tanggal 29 Januari 2006. Berkejaranlah pelbagai pihak kononnya mahu menyelamatkan tulisan jawi pupus dari dada anak-anak Melayu. Sungguh kelakar, dahulu mereka jugalah yang membunuh tulisan jawi dan kini mahu menjadi perwira untuk menobatkannya kembali.

Alangkah molek kiranya tulisan jawi itu dapat kita angkat sebagai salah satu mercu tanda keagungan bangsa Melayu, tapi kini eloklah kita ketawa (dalam hati menangis) beramai kerana bukan orang lain yang membunuh tamadunnya. Dan orang kita tidak sedar-sedar? Itu belum saya sentuh dari aspek seni dan budaya. Tidak mengapa nanti saya sentuh perihal tersebut. Biar kita sama-sama terjelir lidah kepedasan, nanti sama-sama kita carikan air buat penghilang pijarnya.

Sebelum mengangkat tinta, saya ingin bertanya lagi. Rumi itu asalnya dari perkataan apa?
Yakinlah apa yang saya paparkan ini adalah kerana rasa kecintaan terhadap tulisan jawi meskipun entri ini ditulis dalam rumi. Saya tidak punya maksud apa-apa dan jauh dari mempunyai agenda dan kepentingan-kepentingan tertentu. Mari kita sama-sama fikir, itu terlebih baik. Kata orang tua-tua ‘fikir itu pelita hati’.

Pun begitu marilah sama-sama kita menyokong usaha murni sesetengah pihak yang ingin mendaulatkan tulisan jawi. Jangan separuh jalan sudah. Saya yakin pecinta bahasa dan sastera Melayu pasti akan meberi sokongan padu terhadap usaha yang tidak berbelah-bahagi ini.

Antara beberapa laman web menarik tentang tulisan jawi :

Sejarah ringkas tulisan jawi

5 comments:

Puan Ainon Mohd. 6:23 PM  

Ya, sangat benar kata-kata tuan hamba itu!

annyss 10:53 AM  

SF,
Kesilapan terbesar kerajaan ialah menghapuskan sistem tulisan jawi dalam pelajaran Bahasa Melayu hingga ia benar-benar dipinggirkan. Masih teringat lagi ketika di sekolah rendah, tulisan jawi merupakan sebahagian daripada kurikulum BM. Hatta, guru bahasa Melayu yang bukan Melayu pun boleh menulis tulisan jawi. Cacat BM tanpa tulisan jawi.

Saya juga bersyukur kerana sempat mendalami tulisan jawi sewaktu di sekolah rendah dan kemudiannya di sek. agama ketika menengah.

Semoga keprihatinan pihak menteri itu benar-benar jujur tanpa sebarang agenda lain kerana yang rugi ialah bangsa kita sendiri!

ikhlas,
Nisah Hj Haron

Hydrocodone 6:33 PM  

ltdxqM The best blog you have!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP