Monday, April 17, 2006

Orang Kita



BARANGKALI orang Melayu ini sudah mamai dengan seni leluhurnya sendiri. Sayap-sayap kemodenan sudah mengepak luas hingga ke dalam rumah, hingga tidak punya ruang bagi alam tradisi untuk menempel walau di pojok. Baru-baru ini saya menghadiri mesyuarat dengan orang-orang besar. Saya ini cuma bertugas untuk mencatat sahaja. Kelihatan beberapa orang pegawai yang sudah bersiap-sedia untuk memberikan sebarang jawapan jika ditanya.
Mataku pula tertancap pada anggur segar, kuih-muih yang terhidang. Gatal sahaja tangan saya ingin mencapainya.
Tiba-tiba ‘Orang Besar’ pun bertanya, “Sila berikan penjelasan tentang perkara ini.”
Pegawai berkenaan sedikit gugup. “Oh ini berkenaan Silat. Silat ini adalah seni beladiri orang Melayu, tapi kalau yang dinamakan Silat Pulut ini cuma persembahan sahaja. Ssetengahnya menggelarkan Silat Pengantin. Cuma untuk suka-suka.”
Orang Besar hanya mengangguk.
Saya yang berada di sebelah pegawai tadi sudah ibarat cacing kepanasan. Telinga panas, hati pun jadi panas. Dada mula berdebar, jantung pun memulakan lariannya. Bibir saya sudah bergerak-gerak untuk berkata sesuatu.
“Silat ini bukan untuk beladiri sangat, kadangkala mereka membuat lawak ketika bemain.” Sambut seorang lagi pegawai (yang dawai).
Kepalaku sudah menerawang, bagaikan terlihat gambaran kedua pegawai itu tadi sudah kukepitkan dicelah ketiak untuk saya hantukkan ke dinding. Aduh, Melayu kita hari ini sudah jadi buta! Melihat tapi tidak memandang, mendengar tapi tidak faham, berkata tapi tidak tahu apa yang diperkatakan (macam kakatua), berjalan sudah herot-petot, ketawa tapi mengalir air mata, menangis tapi hati bersorak (atas penderitaan orang lain). Hahaha …

2 comments:

Hydrocodone 3:04 PM  

ePyK2U The best blog you have!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP