Tuesday, April 18, 2006

Hak Penulis?

Ramai juga kawan-kawan yang menulis bertanya saya tentang imbuhan yang diperolehi. Berapa ya nilai/harga karya seorang penulis dari kacamata akhbar dan majalah (menerusi pengalaman)? Harga/nilai karya anda setelah berhempas-pulas menukang dan kemudian sekali lagi berhempas-pulas MENGEMIS untuk mendapatkan imbalan dari karya anda yang telah tersiar. Mari saya kongsikan di sini. Tapi menurut sumber yang diperolehi, bayaran yang berbeza diberikan kepada penulis yang sudah punya nama (entahlah?) atau sudah mapan (Tidak dapat disahkan lagi fakta ini). Tapi oleh kerana kita minat menulis, maka kita tidak peduli sama ada pihak penyiaran itu membayar atau tidak, bukan begitu? Lalu kita layangkan karya kita ke segenap majalah dan akhbar, alhamdulillah tersiar. Tapi apa yang saudara/i dapat? Nama?

Ya, orang mula mengenali nama anda apabila karya anda kerapkali tersiar. Tapi kita tidak sedar … terus menulis dan menghantar karya kita, janji tersiar. Maka dengan sebab itulah pihak akhbar tidak kira sama ada arus perdana atau picisan sering mengambil kesempatan dengan tidak mempedulikan hak penulis-penulis yang telah tersiar karyanya. Penulis pula tidak mahu mengambil tahu tentang hak mereka dan menganggap ini suatu perkara yang remeh. Oleh itu, saudara/i tidak boleh marah sekiranya ada pihak lain pula yang mengambil kesempatan menciplak karya anda tanpa kebenaran, sehinggalah karya anda yang diciplak tersiar atau mahu diterbitkan tanpa izin sdr/i. Isu-isu hakcipta karya dan hak penulis ini selalu ditulis oleh sdri Nisah Hj Haron sama ada di blognya atau di dalam majalah Tunas Cipta.

Itu belum cerita karya yang tersiar di alam siber yang diciplak dengan sesuka hati. Anda mungkin berfikir “Mana mungkin?” @ “Mana ada?”. Jangan begitu, perkara ini selalu berlaku tanpa pengetahuan sdr/i. Jadilah penulis yang prihatin tentang hak anda. Masih ingat lagi novel ‘Da Vinci Code’ tulisan Dan Brown? Dan kita sendiri sering juga (tanpa disedari) menciplak kata-kata orang lain dalam karya kita bukan tanpa mengkreditkan kepada penulis asal? Dalam istilah undang-undang disebutkan sebagai Ignorantia legis nemimen excusat bermaksud ‘tidak mengetahui undang-undang bukanlah satu alasan. Tapi siapa yang peduli sehinggalah satu masa nanti anda akan disaman oleh penulis asal tersebut. Akan datang saya akan ceritakan pengalaman rakan-rakan penulis kita berhubung dengan penerbit. Salah siapa sekiranya mereka mengambil kesempatan di atas ketidakpengetahuan dan ketidakprihatinan kita?

4 comments:

Fakrul 11:14 AM  

'Trend' mengambil hak orang untuk dijadikan hak sendiri sudah lama diamalkan sesetengah penulis di sini. Ada juga yang mengambil hak orang dan diletak pula namanya, seolah-olah dialah yang menulis. Maklumlah...sudah terkenal. Senang nak jual. Hamba ALLAH yang bodoh pun izinkan... kerana hendakkan duit. Beginilah caranya. "Ghostwriter"... memperkayakan orang yang sudah kaya. Tapi yang tak sanggup tu, ada yang suka baca buku orang lain, ambil sana sikit, situ sikit... lepas tu dijadikan haknya. Seronoknya... senang buat kerja. Tahu-tahu sudah buat duit...atas usaha daya kreativiti orang lain. Konon-kononnya, itulah kreativiti anugerah untuknya! Menciplak hak orang!

Hydrocodone 2:17 PM  

6jiwYL The best blog you have!

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP