Wednesday, April 19, 2006

Hak Penulis Bhg 2

Sambungan.

Pasti rakan-rakan penulis perasan bahawa kebanyakan karya yang tersiar tidak mendapat honorarium (bayaran saguhati) dari pihak yang telah menyiarkannya, lalu anda tertanya-tanya kenapa? Jawapannya ANDA yang harus membuat surat rasmi, mengepilkan karya anda yang tersiar sebagai bukti, lalu dihantar ke editor majalah@akhbar berkenaan. MENGAPA saya perlu hantar? JAWAPANNYA karya yang tersiar itu adalah hakcipta penulis dan akhbar@majalah tersebut hanya menerbitkan sahaja. Sebab itulah kita lihat ramai penulis-penulis yang membuat antologi cerpen@sajak meskipun telah tersiar di akhbar & majalah berkenaan. Itu satu perkara.
Kedua, saya juga dahulu merasa MALU untuk menuntut HAK ke atas karya yang telah tersiar itu. Setelah melalui perbincangan dengan beberapa orang teman, mereka mencadangkan sekiranya pihak penerbitan itu tidak membayar wang saguhati itu hendaklah dituntut meskipun sedikit kerana itulah tanda (sepatutnya) penghargaan dari pihak berkenaan. Saya pun berfikir, ah mereka ini sudah mencapai keuntungan yang berjuta, tidak mungkin karya kecilku ini tidak mampu dibayar.
Selain dari itu, perbincangan dengan sdri Nisah juga mengatakan bahawa penulis tidak perlu malu untuk berbuat demikian kerana itu adalah HAK PENULIS sendiri. Memanglah tidak besar sebenarnya duit yang diperolehi tapi saya tekankan di sini adalah PENGHARGAAN dari pihak tersebut. Jadi saudara bayangkanlah betapa teruknya penulis di negara kita. Sebab itulah pernah juga saya terdengar seseorang berkata USAH jadi penulis sepenuh masa!
Fikir-fikir, ada kebenarannya. Bukan tidak positif untuk menjadi penulis sepenuh masa tapi duit itu perlu juga kan untuk meneruskan kehidupan terutama di kota serba mencabar ini. Itu belum dikira karenah birokrasi, penipuan, penginayaan yang dilakukan terhadap penulis. Namun begitu saya TEKANKAN di sini, penulis WAJIB mengetahui hak-hak yang ada pada mereka supaya tidak dipermainkan. Pokoknya anda harus tabah dan kuat dalam berkarya. Tulis, tulis, tulis dan hantar, hantar, hantar.

Bayaran karya-karya yang tersiar (dari pengalaman penulis) : -

1) katogeri sajak

a) Semua akhbar & majalah terbitan Berita Harian - RM 20
b) Semua akhbar & majalah terbitan Utusan M’sia – RM 30
c) Akhbar Mahasiswa – RM 15
d) Bintang Hit – Kaset & CD lagu
e) Tunas Cipta – RM 100

2) Katogeri Cerpen

a) Berita Minggu – RM 150
b) Mingguan Malaysia – RM 100
c) Tunas Cipta – RM 200

Sekiranya rakan-rakan ada pengalaman sila berkongsi dengan semua. Terima kasih. Jangan mudah patah hati untuk jadi penulis yang berjaya dan terbaik. Tanyakan sahaja mereka yang sudah mapan juga kadangkala menghadapi masalah yang sama atau mungkin lebih besar.

Antara laman web yang anda boleh akses untuk pertanyaan dan perkembangan sebarang maklumat sekiranya anda mempunyai karya untuk diterbitkan : -

7 comments:

annyss 8:13 PM  

SF,
Bagus entri ni, informatif. Teruskan. Saya tetap menyokong. Penulis WAJIB menuntut haknya. Kalau tidak nanti, penerbit tu still kena 'bayar' juga di akhirat. Hutang tetap hutang. Kesian kat dia, mana nak cari kita di sana. Marilah kita pastikan dia bayar di sini.

ikhlas,
Nisah Haron

Panaharjuna 2:18 PM  

Sekadar tambahan dari pengalaman.
Cerpen:
Dara.com - RM 150
Bersama selamanya - RM 0

Romantis Selatan 8:47 PM  

Bagus! Semua penulis patut tahu hak-hak yang ada... jangan nanti jadi macam pencipta Superman... penerbit jadi jutawan... dua orang datuk itu tidak dapat apa-apa yang setimpal dengan penggunaan Superman dalam pelbagai terbitan...

Perkasa Alam - Satu Kesinambungan 10:08 AM  

Entri saudara boleh membantu karyawan untuk terus berkarya. Sudah pasti hakcipta mereka berbaloi.

Hydrocodone 3:44 PM  

1ZJhah The best blog you have!

getting the loan you need 1:25 AM  

C1xHfz actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP