Friday, April 14, 2006

Duniaku

Kadang-kadang pening kepala juga untuk membahagikan masa di antara bergendang, bersilat dan menulis. Masa seakan-akan terlalu sedikit dirasakan. Kadang-kadang tengah bersilat, idea datang menerjah. Tengah-tengah bergendang ilham mengetuk lawang hati. Tapi itulah cabarannya. Keseronokkan merentas 3 cabang bidang seni yang berbeza ini memang seronok, tambahan pula kerana bergendang, alhamdulillah dapat juga merayap dan keluar dari kota KL yang kian panas ini.

Sesekali menikmati angin di desa memang mengharukan apabila terkenang kota untuk mencari sesuap rezeki ini tidak pernah merasa kasihan terhadap warga marhaennya yang lemah. Waktu siang dan malam sama sahaja, tiada beza. Manusia keluar menuju destinasi masing-masing. Kiranya destinasiku di mana ya?

1 comments:

ida_zy 12:06 AM  

assalamualaikum

selamat berblog
baru baca profil en. serunai faqir
dalam tunas cipta bulan ini
tapi tak pernah baca hasil tulisannya

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP