Friday, April 21, 2006

Cabaran Bahasa?

SUDAH lama sebenarnya saya tidak berkesempatan untuk menonton televisyen. Tapi teringatkan siri animasi popular kegemaran saya ‘Naruto’, saya memetik suis. Saya biarkan sahaja. Seusai solat maghrib, lensa pantas menangkap rancangan TV3, pertandingan menarik teh. Malangnya TV3 menggunakan istilah Cabaran Tariking F&N . Apakah maknanya ini? Tariking? Galau sebentar melihatkan istilah sebegini dalam ribut usaha pecinta bahasa untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Apakah rancangan untuk memartabatkan Bahasa ini suatu perkara enteng dan hanya main-main? Sudah penat dan letih DBP dalam usaha memperjuangkan isu bahasa ini tapi seakan-akan sia-sia sahaja, bagaikan DBP itu patung boneka yang boleh disenyapkan mulutnya dengan tangan-tangan yang berkuasa.

Sebelum itu, akhbar Utusan Malaysia menyiarkan beberapa artikel tentang
merbahayanya teh tarik dan dikuti oleh beberapa penafian berhubung dengan teh tarik. Ah, bagaimana ini?

Beralih pula kepada NTV7, berita malam. Kali ini istilah “Edisi World” digunakan. Bagaimana itu ya? Kedengaran seperti Mawi World pun ada. Apakah makna semua ini?

3 comments:

Hydrocodone 12:56 PM  

WbUPX1 The best blog you have!

crawford insurance 1:08 AM  

734tim actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP