Tuesday, July 14, 2009

Sebuah Almari Hati

Rupa-rupanya dalam almari hati ada banyak lipan, lipas, kala jengking dan serangga yang merbahaya jikalau tidak dikemas selalu. Sesekali menyelak baju semalam, bertebaranlah segala habuk dan najis zaman yang duduk semedi di situ untuk sekian lama, mengingatkan saya semula kepada janji purba yang telah termeterai.

Read more...

Tuesday, June 30, 2009

Kucingku Mengiau

Kucingku bertanya semalam
siapakah dia yang berani menginjak bahasaku?
biar kubenamkan taring keinsafan di dadanya
biar kucalarkan wajahnya dengan luka kesedaran
kucingku mengiau, garang sekali.

28 Jun 2009
UUM, Sintok,
Kedah.

Read more...

Friday, June 26, 2009

Hadiah Sastera Darul Ta'zim VII 2009


Syukur alhamdulillah, dengan doa restu, sokongan dan dorongan dari teman-teman, cerpen Bayang Di Tirai Belulang dapat juga menyelit untuk katogeri cerpen eceran. Penyampaiannya akan diadakan pada 17hb Julai di Dewan Tanjung Puteri, Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa Johor, Johor Bahru.

Read more...

Wednesday, June 24, 2009

Alahai bahasaku ...

Sejak dari semalam telinga saya mendengar bahawa mata pelajaran sastera dalam Bahasa Inggeris akan diwujudkan dengan tujuan memperbaiki komunikasi dan penulisan para pelajar dalam bahasa tersebut. Tidak cukup dengan PPSMI, kini ada ura-ura pula sastera dalam bahasa asing pula mahu diwujudkan. Alahai bahasaku, alahai bangsaku ... Habis semua terjun dengan labu-labunya ke dalam sungai. Hati panas, telinga rasa berdarah - tercalar dengan permainan politik yang tidak sudah-sudahnya. Bangsa Melayu tidak akan maju dengan mengutamakan bahasa luar. Jepun tidak memajukan bangsa dan pemikirannya dengan bahasa luar. Kenapa kita pula mesti mengagung-agungkan bahasa luar. Cukuplah orang Melayu tercalar sana-sini.

Soal penggunaan bahasa luar itu bagi saya tiada masalah apabila perlu, tapi apabila sudah menjalar ke dalam sistem pembelajaran masa kini, itu amatlah saya kisah dan kuat mengatakan bahawa inilah penjajahan dunia orde baru. Terjajah tanpa disedari, terkulai layu pucuk dan tunas bahasa yang diperjuangkan oleh orang-orang kita terdahulu. Alahai bahasaku, alahai bangsaku .... Ke manakah agaknya dengan laung cempera yang mengatakan bahawa bahasa Melayu ini dahulu lingua franca? Zaman berubah? Ya, zaman memang takkan berhenti berubah, tapi jiwa kami tetap cintakan bahasa Melayu sampai bila. Tidak sepeti kamu!

Read more...

Monday, June 22, 2009

Majlis HSKU 2008 - Istana Budaya

Sejujurnya saat mendengar bahawa HSKU kali diadakan di Istana Budaya, saya amat teruja. Tempat ini sudah saya tidak saya jejakki setelah berhenti dari penjawat awam. Saya tahu suasana di dalamnya yang indah, bagai deja vu - saya menatap kembali dewan yang indah itu. Dan malam itu memang suatu yang pasti meninggalkan seribu kenangan yang manis. Bertemu dengan rakan-rakan penulis seperti Lutfi, SM Zakir, Azman Ibnu Al-Kurawi, Zanazanzaly, Rozais, Ummu Hani, Mawar Shafie Pak Malim Ghozali yang saya kenali, juga bertemu dengan penulis-penulis yang baru saya kenali. Majlis yang gilang gemilang itu dibuka dengan sedutan dari teater Mana Setangginya, beberapa wajah pelakon tanah air yang pernah lihat di kaca tivi bergerak di ruang pentas yang dihiasi oleh props yang pelbagai.

Saya diam, terima sahaja apa yang acara yang dipersembahkan mengikut jadual yang ditetapkan. Sebenarnya saya mengharapkan persembahan tradisional yang lebih dekat di jiwa saya. Tapi tidak mengapa, saya nikmati sahaja juadah yang dihidangkan. Kemudian sempat juga berbual-bual dengan sdr Rozlan yang bagaikan lipas kudung, ke sana-sini, berkejaran dengan AJK HSKU dan alias dengan Pengurus Pentas - fuh! Bukan mudah untuk menjayakan majlis ini, lama sudah saya tidak melalui perkara sebegini. Terima kasih saya kepada pihak Utusan dan AJK HSKU yang berhempas pulas memberikan yang terbaik. Hanya sedikit renyah berbanding dengan HSKU yang pernah saya hadiri. Apabila ditanya kenapa buat di sini?

"Bajet..."

Saya mengangguk. Majlis terus berjalan dengan beberapa ucapan, baca puisi oleh Pak Samad, ulasan laporan oleh Pengerusi Panel Hakim dan berlangsunglah acara penyampaian hadiah. Sejujurnya majlis yang dibuat dua tahun lepas lebih santai dan terbuka jika dibandingkan dengan majlis kali ini. Mungkin disebabkan tempat yang agak eksklusif, maka kaki dan tangan kami terikat dengan formaliti majlis dan suasana. Ini menimbulkan sedikit keadaan yang tidak selesa kerana tidak dapat bergerak bebas untuk berjumpa dengan teman penulis dan bersembang bual. Maklumlah jarang-jarang sekali dapat bertemu, jadi majlis sebegini sahaja yang dapat memberikan ruang untuk kami bertanya khabar dan sebagainya. Tahun ini... seperti tahun yang sudah. Ya, anuar dan misha juga ada di majlis itu. Suka juga mendengarnya tapi mungkin lebih enak jika disajikan dengan penganan budaya Melayu yang lebih sesuai dengan majlis. Kenapa mesti menghidangkan penganan luar untuk majlis kita?

Tajuk cerpen saya alhamdulillah dijadikan tajuk antologi cerpen hsku 2008 - 'Bayang Ditirai Belulang'

Apa pun majlis ini berjalan dengan lancar dan majlis HSKU 2008 sempurna hinggalah ke detik jarum jam yang ditetapkan. Tapi saya lekas-lekas mahu balik kerana anak kecil saya bagaikan memanggil saya pulang. Sebelum itu, saya tidak dimaklumkan tentang anak-anak di bawah umur 12 tahun tidak dibernarkan masuk, jadi terpaksalah anak kecil saya dihantar pulang dan tidak dapat menyaksikan peristiwa abahnya menerima pengiktirafan pada malam itu. Tapi sewaktu majlis berlangsung saya lihat ramai sahaja anak-anak di bawah 12 tahun yang duduk di barisan kerusi yang belakang. Hmmm, tidak mengapalah. Tahniah kepada semua pemenang dan tentunya kepada AJK HSKU yang menyungkur nyembam memastikan majlis itu berjalan lancar dan alhamdulillah, semua atas izin Dia. Wuallahua'lam.

Read more...

Wednesday, June 17, 2009

Perjumpaan Penulis Alaf 21

Sama sekali tidak seperti yang saya sangkakan ketika fikiran saya melayang di dalam komuter. Tahu-tahu ia bukannya perjumpaan atau bengkel atau juga kursus yang berkaitan dengan penulisan. Tapi lebih kepada motivasi dan kesedaran diri dalam berkarya. Saya fikir ini suatu perjumpaan yang amat bagus sekali. Banyak perkara yang saya pelajari, amati dan hadami ketika bilah waktu meniti dari angka ke angka. Cerita selanjutnya di sini - Perjumpaan Penulis Alaf21.

Lebih dari itu, tentulah saya agak teruja kerana dapat berjumpa dengan teman-teman sepenulisan yang seringkali ditemui di alam maya, mahupun di selfon. Perjumpaan ini membuatkan hati saya terjentik dan mengingati kembali perjalanan diri. Diri.

Read more...

Friday, June 12, 2009

Main Tembak-Tembak


Entah berapa ramai kelmarin dulu mereka yang bermain tembak-tembak. Senapang berpelurukan terung pipit dihalakan tepat ke dahi lawan. Satu demi satu rebah tak berkutik. Kemudian mereka bermain pula baling-baling bom lumpur, lalu terkena rakan-rakan. Mereka pun rebah. Tubuh mereka penuh dengan lumpur. Kelmarin dulu, mereka bermain sorok-sorok dan entah berapa ramai yang tidak pulang ke rumah kerananya. Dan selepas ini, mereka ingin bermain apa, kita pun tak tahu. Agaknya selepas ini mereka mahu bermain lawan pedang dan berlaga lengan agaknya. Dan itu pula nanti, entah berapa pula yang akan rebah tak berkutik.

Dengar kisah, malam 13hb Jun ini, seangkatan pemain-pemain Tomoi akan beradu lengan, bersilang lutut dan siku di Stadium Titiwangsa. Entah siapa pula yang wajahnya akan cedera, bibirnya herot, tangan terkulai, kakinya relai. Dan entah siapa pula yang akan tersenyum membawa pulang hadiah kemenangan.

Al-Fatehah buat mereka yang telah kembali.

Read more...

Thursday, June 11, 2009

Datin Wanabe?

Saya senyum sendiri apabila mengenang dialog Jasmin Hamid dan Shamsul Ghau-Ghau. Gara-gara mahu menjadi datin, tapi Bahasa Inggerisnya berterabur. Kisah seorang isteri yang berangan untuk menjadi mak datin.

Shamsul GG : Awak kena ambil kelas bahasa Inggeris.
Jasmin H : Ala orang Jepun, Peranchis tak cakap bahasa Inggeris pun boleh maju ...

Tepat, mampat, padat!
(Jangan peduli sangat tentang plot) - Sempat jeling siapa yang bikin ini skrip. Saya senyum lagi.

Read more...

Monday, June 08, 2009

HSKU 2008


Semua milik Dia. Alhamdulillah syukur, terima kasih atas doa teman-teman yang sentiasa mendoakan dan memberi sokongan yang tidak putus-putus. Memang ini sangat manis buat saya, semanis doa dan sokongan teman-teman, bagaikan permata zamrud, nilam dan yakut yang menyangkutkan sinar gemilangnya di hati saya.

Read more...

Friday, May 29, 2009

Hadiah Cerpen Berunsur Islam - DBP

Lewat petang semalam saya menerima SMS dari seorang teman editor yang mengatakan nama saya tersenarai dalam salah seorang penerima hadiah tersebut dan tersiar dalam Dewan Sastera edisi Jun 2009. Alhamdulillah, semuanya atas kehendak Dia. Pertandingan ini sebenarnya agak lama, tahun 2005. Hari ke hari, saya semakin terlupa dengan pertandingan ini dan tidak lagi menghiraukannya kerana menyangkakan bahawa mungkin saya terlepas pandang acara ini dan berfikiran bahawa sudah ada pemenang dan hadiah telah pun diberikan.

Saya berkata kepada teman saya itu, "Bilakah tarikh acara tersebut?"
Teman saya hanya menjawab, "Aku pun tak tahu."

Saya senyum dan kembali menangani kerja-kerja di pejabat seperti biasa tanpa memikirkan bilakah acara pemberian hadiah itu lagi.

Read more...

Blog Archive

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada Khairul Hafiz Abd Rahman @ Serunai Faqir. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP